Tuesday 27 June 2017

4 Langkah-Langkah Penjagaan Kulit Kepala yang Betul (Khas Kelemumur Teruk)

Sebelum kita ketahui cara-cara tersebut, anda perlu tahu bagaimana penjagaan kulit kepala yang betul. Berikut adalah 4 langkah yang anda perlu tahu

1. Kerapkan Syampu Kepala

Kelemumur berlaku kerana terdapat sel mati pada kulit kepala. Ia bukannya disebabkan oleh rambut, namun kulit itu sendiri.

Mayo Clinic mencadangkan kita menggunakan syampu anti-kelemumur setiap hari sehinggalah sisa-sisa sel kulit mati itu berkurangan/tiada. Kemudian jarakkan penggunaan syampu tersebut kepada 3 kali seminggu.

Amaran: Jangan menggunakan syampu secara keterlaluan kerana bahan kimia seperti lauryl sulfate yang terdapat di dalam syampu tersebut boleh mengeringkan kulit kepala dan menyebabkan banyak lagi kelemumur terhasil.

2. Berikan Masa Untuk Syampu Memberikan Kesan

Jika anda menggunakan syampu kelemumur, pastikan anda membiarkan syampu tersebut seketika (lebih kurang 5 minit) di atas kulit kepala anda sebelum membilasnya. Ini boleh memberikan masa yang secukupnya untuk bahan kimia syampu tersebut bertindak balas.

3. Sikat Rambut Selepas Mandi/Syampu

Amalan menyikat rambut boleh meratakan kesan minyak (yang terhasil secara semulajadi di atas kulit kepala) ke atas semua permulaan kepala.

4. Elakkan Stress(Tekanan Diri)

Masalah tekanan diri ataupun stress boleh menyebabkan penghasilan kelemumur, oleh itu anda digalakkan untuk mengatasi masalah stress anda dengan efektif. Anda boleh mendapatkan langkah-langkah berkesan dalam menghadapi masalah stress di sini.

Selain itu, pengamalan diet yang sihat dan seimbang juga memainkan peranan yang penting ke atas kesihatan kulit kepala. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil diet yang tinggi khasiat zink dan vitamin B6.

Share This

No comments:

Post a Comment

Contact Us

Contact Form

Name

Email *

Message *